CHATting

Minggu Ke-8 Tiada Penyingkiran

Ahad, 21 Februari 2010

Minggu ke-8 Gelanggang Raja Lawak Musim ke-4 (RL4) yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan tiada peserta tersingkir, sama seperti minggu pertama dahulu.

Ini bermakna keempat-empat peserta yang tinggal iaitu Idlan, Kumpulan Kecik, Kumpulan Mamu dan Alex akan terus berjuang pada minggu depan, iaitu minggu kesembilan sebelum mengetahui siapa di antara mereka yang akan layak ke Gelanggang Akhir Raja Lawak 4.

Keputusan tiada penyingkiran ini diumumkan oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 4, Bob Lokman walaupun pada mulanya telah diketahui bahawa Kumpulan Mamu adalah peserta yang mendapat undian terendah pada minggu ini, namun mereka terselamat dan diberikan peluang sekali lagi di minggu hadapan.

Tema untuk minggu ini adalah Tiru Gaya Artis dan peserta-peserta diminta untuk mempamerkan kreativiti mereka dalam meniru gerak gaya, personaliti dan penampilan artis atau ikon yang telah mencipta nama dalam industri hiburan tempata dan antarabangsa.

RL4 dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman.

Dengan penyingkiran Caca, ini bermakna masih tinggal 4 peserta yang merebut gelaran RL 4. Jadi jangan lupa untuk terus mengundi pelawak-pelawak kegemaran anda kerana undian adalah yang menentukan nasib mereka.



TERUSKAN MENGUNDI IDLAN!!!!!!!!!!!!!! ;)

0 ulasan:

  © @idlanfc edited template by E.E ;) 2010

Back to TOP