CHATting

CACA Akhirnya Tersingkir....

Selasa, 16 Februari 2010





Caca akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Pentas Raja Lawak musim keempat setelah diumumkan sebagai peserta yang keenam tersingkir sebentar tadi. Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Afdlin Shauki menerusi Astro Prima (saluran 105).

Caca atau nama sebenarnya Abdul Halim bin Abdul Malek (31 tahun) akhirnya tersingkir setelah berada di kedudukan tiga peserta terendah sebanyak tujuh berkali berturut-turut semenjak minggu pertama. Berikut adalah kedudukan peserta berdasarkan persembahan Gelanggang Raja Lawak minggu ini mengikut pilihan juri:

MAMU
ALEX
KECIK
IDLAN
CACA

Berikut adalah kedudukan peserta sebelum dan selepas Gelanggang Raja Lawak minggu ketujuh

Kedudukan undian sebelum persembahan (%)

IDLAN 38.70
MAMU 23.09
KECIK 22.56
ALEX 13.74
CACA 1.910

Kedudukan selepas undian ditutup

IDLAN 32.45
MAMU 24.16
KECIK 22.49
ALEX 17.36
CACA 3.540

Dengan penyingkiran tersebut, ini bermakna masih tinggal 4 peserta yang kekal merebut gelaran Raja Lawak musim keempat. Jadi jangan lupa untuk terus mengundi pelawak-pelawak kegemaran anda kerana andalah yang menentukan nasib mereka.

0 ulasan:

  © @idlanfc edited template by E.E ;) 2010

Back to TOP