CHATting

Abang Kassim Penjual Murtabak Rupanya.....

Ahad, 14 Februari 2010

Naik syok pulak Murai Batu tengok gelagat peserta Raja Lawak Musim Ke-4, Mohd Idlan Abd Razak atau Idlan, 21, dengan watak Abang Kassim yang telah dicetuskannya selama 3 minggu berturut-turut.

Dalam tempoh itu, macam-macam yang Abang Kassim dah buat. Bermula dengan tempat kelahirannya di Utara Semenanjung, Abang Kassim kemudian menjelajah ke Kelantan pula pada minggu yang kedua dan akhirnya sampai terus ke Kuala Lumpur pada minggu ketiga.

Tak pastilah Murai Batu, di mana pulak Abang Kassim akan berada pada minggu yang seterusnya. Adakah watak Abang Kassim akan terus menjelma atau digantikan pula dengan watak yang lain pula. Semua itu, hanya Idlan saja yang mampu menjawabnya.

Apa yang penting di sini, Murai Batu perhatikan persembahan Idlan dari minggu ke minggu memang sentiasa konsisten dan sentiasa mendapat pujian penonton. Ketiga-tiga juri tetap iaitu Bob Lokman, Din Beramboi dan Afdlin Shauki pun selalu memuji persembahannya.

Tapi, di sebalik persembahan konsisten si Idlan, mungkin ramai yang tak tahu bahawa si penjual murtabak ini sebenarnya seorang yang sering dilanda perasaan gemuruh setiap kali sebelum bermulanya pertandingan di gelanggang.

Murai Batu dapat tahu, sikap gemuruh si Idlan ini adakalanya merisaukan pihak produksi RL4. Yalah, kalau sikap gemuruh itu tidak dikawal dengan betul, nanti takut pula jadi macam si Faiz. Tiba-tiba terus blank masa buat persembahan pada minggu ketiga. Bayangkanlah, Faiz yang sentiasa gila-gila dan sentiasa penuh dengan idea tiba-tiba boleh bertukar jadi blank macam tu.

Murai Batu berharap Idlan akan terus mampu mengawal darah gemuruhnya itu. Kalau tidak, sia-sia sajalah perjuangan dia menyertai RL4 ini nanti. Apapun, kita tunggu apa lagi cerita Abang Kassim pada minggu keempat Gelanggang RL4 minggu ini.


kredit : murai.com.my

0 ulasan:

  © @idlanfc edited template by E.E ;) 2010

Back to TOP